Sejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia


Sejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia


Tahukah anda Bunga  Raya telah dipilih menjadi Bunga Kebangsaan pada tahun 1960, dan pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan telah diishtiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Berdasarkan sejarah, proses pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan tidaklah semudah yang disangka. Ianya bermuala pada tahun 1958 apabila kementerian pertanian mencadangkan 7 jenis bunga ketika itu, iaitu:


1. bunga raya
2. bunga kenanga
3. bunga melur
4. bunga cempaka
5. bunga teratai
6. bunga mawar
7. bunga tanjung. 

Kemudian kajian dijalankan oleh jabatan penerangan dan survey juga turut dibuat ke atas rakyat Malaysia di seluruh negara secara tuntas dan menyeluruh. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

Walaubagaimanapun, selepas penelitian semula,  kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya kerana bunga raya sangat popular ketika itu di setiap kediaman rakyat Malaysia. Keseragaman nama panggilan bunga ini juga turut menjadi faktor pemilihan. Malah bunga raya juga turut digelar, Bunga Seribu Guna kerana manfaatnya kepada kehidupan manusia terutamanya untuk kebersihan dan kesihatan. Selain itu, Malaysia merupakan negara pertama yang mengambil bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

Pada hari ini, bunga raya menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan juga menjadi simbolik untuk 5 Rukun Negara.

Sehingga ke hari ini Bunga Raya terus memberikan manfaat dalam kehidupan seharian. Terdapat juga pengilang tempatan yang menjadikan Bunga Raya sebagai bahan utama dalam penghasilan shampoo. Antara Shampoo yang popular adalah Shampoo Bunga Raya Plus.


No comments:

Post a Comment

Sejarah Pemilihan Bunga Raya Sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia

Tahukah anda Bunga   Raya telah dipilih menjadi Bunga Kebangsaan pada tahun 1960, dan pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan ...