Tahukah anda Bunga
Raya telah dipilih menjadi Bunga Kebangsaan pada tahun 1960, dan
pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan telah diishtiharkan oleh Perdana
Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Berdasarkan sejarah, proses pemilihan bunga raya sebagai bunga
kebangsaan tidaklah semudah yang disangka. Ianya bermuala pada tahun 1958
apabila kementerian pertanian mencadangkan 7 jenis bunga ketika itu, iaitu:
1. bunga raya
2. bunga kenanga
3. bunga melur
4. bunga cempaka
5. bunga teratai
6. bunga mawar
Kemudian kajian dijalankan oleh jabatan penerangan dan
survey juga turut dibuat ke atas rakyat Malaysia di seluruh negara secara
tuntas dan menyeluruh. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai
Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Walaubagaimanapun, selepas penelitian semula, kerajaan membuat keputusan untuk memilih
bunga raya kerana bunga raya sangat popular ketika itu di setiap kediaman
rakyat Malaysia. Keseragaman nama panggilan bunga ini juga turut menjadi faktor
pemilihan. Malah bunga raya juga turut digelar, Bunga Seribu Guna kerana manfaatnya
kepada kehidupan manusia terutamanya untuk kebersihan dan kesihatan. Selain
itu, Malaysia merupakan negara pertama yang mengambil bunga raya sebagai bunga
kebangsaan.
Pada hari ini, bunga raya menjadi lambang perpaduan seluruh
rakyat Malaysia berbilang kaum dan juga menjadi simbolik untuk 5 Rukun Negara.
Sehingga ke hari ini Bunga Raya terus memberikan manfaat dalam kehidupan seharian. Terdapat juga pengilang tempatan yang menjadikan Bunga Raya sebagai bahan utama dalam penghasilan shampoo. Antara Shampoo yang popular adalah Shampoo Bunga Raya Plus.